Lagu

Saturday, May 10, 2014

Ibu Oh Ibu

Ibuku...
Aku yakin di bumi Allah ini..hanya segelintir HambaNya yang mengenalimu...krn dirimu bukan sesiapa di mata mereka..

Namun...
Di mata hamba Allah yg dilahirkan sbg anakmu ini...dirimu tidak ada galang gantinya..

Dulu...
Diri ini masih terlalu cetek ilmu dan asam garam kehidupan, menganggap setiap teguran, ajaran dan didikanmu hanya semata melunaskan tugas biasa mereka yg bergelar ibu..

Kini...
Diri ini telah sedar semua itu lahir dr rasa tanggungjawab dan kasih sayangmu yg tidak ternilai dan terbatas..Tingkatan kasihmu di kedudukan tertinggi selepas Rahman dan Rahimnya Allah swt serta kasihnya Rasulullah saw terhadap umat Baginda...

Bertuahnya...
Diri ini , masih punya IBU di usia begini, nikmat dan rahmat yg blm tentu dimiliki hamba Allah yg lain..

Namun yg pasti...
Betapa kuat pun ikatan kasih sayang antara dirimu dan diriku, seorang pasti mendahului jemputan Ilahi kerana janji Allah itu pasti..

Kiranya diriku..
Dipilih ditakdirkan mengadap Ilahi mendahului mu, amat bertuah dan beruntungnya...krn ku yakin doa IKHLAS darimu tidak akan lekang buatku di alam sana...

Kiranya dirimu...
Yg dijemput mendahuluiku, ketahuilah, doa anakmu ini akan sentiasa bersamamu..Yakinlah dlm setiap amalku ada bahagianmu..
Dalam solatku ada bahagianmu..
Dalam tilawahku ada bahagianmu..
Dalam shaumku ada bahagianmu...
Dan akan kupastikan itu...krn aku juga seorang IBU...

Sudah kurasa...
Peritnya mengandung..
Nyeri dan sakitnya melahirkan...

Ibuku...
Mungkin tidak terungkap dgn kata2, tidak terucap dibibir ini...namun ketahuilah dirimu amat bermakna di pandangan mata dan hati ini...Pengorbanan dan jasamu tidak akan terbalas di dunia yang fana ini..
Hanya doa TULUS IKHLAS yg sentiasa mengiringi usia emasmu...